Tingkatkan pengalaman pengakap anda dengan Scoutify—urus profil pengakap, dan kekal kemas kini dengan buku log digital semua-dalam-satu ini untuk pengakap.
'Scoutify' merupakan bukti manifestasi kejayaan yang digarap para pemimpin marhean dengan usaha yang luar biasa. Berbekalkan semangat kepengakapan, demi kelangsugan generasi AI (Artificial Intelligent). Bertemankan panduan kamus kehidupan, yang telah pimpinan lama wariskan. Seharis baik pengakap berkhidmat, moga mendapat berkat dan rahmat.
Gabungan teknologi dan semangat kepengakapan kini direalisasikan melalui Integrasi Kad Ahli NFC. Semua aktiviti, kehadiran, dan pencapaian ahli pengakap kini direkodkan secara digital & automatik hanya dengan satu sentuhan kad! Semakan status keahlian, maklumat diri, dan sejarah penyertaan kini tersedia terus di aplikasi mudah alih anda.
Terbuka kepada semua ahli pengakap berdaftar dari seluruh Malaysia dan juga antarabangsa – tiada lagi sempadan untuk kekal aktif dan terhubung dalam dunia kepengakapan moden. Sertai transformasi digital pengakap hari ini!
Memudahkan proses perekodan urusan kepengakapan semua ahli pengakap
Mempunyai pelbagai aktiviti yang boleh dijalankan oleh ahli pengakap & direkodkan dengan mudah.
Jadual program Pengakap Malaysia yang dijalankan di seluruh Malaysia setiap tahun.
Merekod segala rekod kehadiran program dan pencapaian ahli pengakap secara digital dan automatik.
Segala ilmu pengakap diberikan di dalam Scoutify untuk rujukan ahli pengakap
Kawalan data yang selamat bagi mengelakkan isu kecurian data ahli pengakap.
Ahli pengakap mempunyai nombor ID khusus bagi setiap ahli dan tidak akan bercampur.
Korobori Pengakap Kanak-Kanak Negeri Johor 2024 yang berlangsung pada 22 hingga 25 Julai di Pantai Air Papan, Mersing telah menghimpunkan lebih 2,000 peserta dari seluruh negeri Johor.
Jambori Pengakap Malaysia ke-14 dan Jambori Keamanan IUMS ke-8 telah diadakan pada 21 hingga 27 Disember 2024 di Taman Tasik Milenium, Kuala Kubu Bharu, Selangor.
Perhimpunan Agung Pengakap Johor ke-27 (PAPJ27) akan berlangsung pada 13-17 September 2025 di Pantai Tanjung Leman, Mersing dengan tema 'Perpaduan dan Kelestarian dengan Kepengakapan'.
Pelan Digitalisasi Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor (PPMNJ) merupakan suatu pelan jangka sederhana bermula sejak tahun 2020. Sejajar dengan seruan Perdana Menteri Malaysia mengenai pengenalan kepada sistem 'Artificial Intelligent' (AI) dalam kegunaan harian. PPMNJ juga telah merancang pelan pembangunan menyeluruh berdasarkan model-model NSO yang lebih terkehadapan namun disesuaikan dengan budaya dan cara kerja Bangsa Johor, dimana semua individu bertanggungjawab untuk membangunkan Johor di samping menghormati budaya dan agama mereka.
Pendigitalan PPMNJ secara menyeluruh dalam aspek tadbir urus, pengurusan sumber dan aset bagi memacu kecemerlangan organisasi pada masa hadapan.
Transisi Digital PPMNJ yang sistematik dan progresif.
Matlamat: Peralihan daripada sistem manual kepada penggunaan sistem asas dan SOP digital.
Matlamat: Membangun sistem tersusai, pengurusan data berpusat dan penambahbaikan kecekapa tadbir urus.
Matlamat: Membina ekosistem digital lengkap, automasi sistem, dan mencapai skala penuh keahlian digital.